Slider
Slider

TERJERAT AHLONG?

Sekiranya anda atau kenalan anda terjerat dengan ahlong, segeralah bertindak. Berdasarkan pengalaman kami, ramai mangsa ahlong semakin terjerat kerana menyangka mereka mampu berurusan secara sendiri dengan ahlong tanpa sebarang masalah. Bunga yang tidak masuk akal serta taktik licik zalim ahlong akan hanya akan terus memerangkap mangsanya dengan lebih teruk.

Kami percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Telah terbukti dengan pengalaman lebih 10 tahun melibatkan 10,000 kes bernilai ratusan jutaan ringgit pelbagai jenis kes telah berjaya diselesaikan melalui Unit Banteras Ceti Haram PPIM yang dikenalikan oleh panel profesional yang dilantik PPIM iaitu Satria Risk Mitigation Sdn Bhd (SATRIA).

Bagi anda yang risau dengan ancaman ahlong, anda berhak mendapat kehidupan yang lebih tenang. Segera hubungi Unit Banteras Ceti Haram PPIM agar anda tidak perlu lagi berurusan dengan pihak ahlong.

REALITI

Kenapa Masih Masyarakat Guna Khidmat Ahlong?

Realitinya, ramai pengguna yang terjerat dengan ahlong akibat kesukaran mendapat pinjaman bank, kelewatan menerima bayaran, desakan hidup manakala ada juga yang meminjam disebabkan tabiat buruk seperti berjudi.

Ramai juga diantara peminjam yang terjerat kerana menyangkakan mereka sebenarnya meminjam dari pemberi pinjam wang berlesen. Ahlong menggunakan pelbagai taktik licik untuk memperdaya mangsanya. Ada antara mereka yang menjadi hamba ahlong selama berbelas tahun kerana takut untuk mendapatkan bantuan dan ketakutan itulah yang memerangkap diri mereka selama-lamanya.

Modal Perniagaan

Modal Perniagaan

Kecemasan

Kecemasan

Sara Diri

Sara Diri

Perjudian

Perjudian

KEJAYAAN KAMI

BERURUSAN LEBIH

10 RIBU

AHLONG

LEBIH

10,000

KES BERJAYA DIKENDALIKAN

BERPENGALAMAN LEBIH

10 TAHUN

JUMLAH KESELURUHAN LEBIH

RM50 JUTA

SELESAI

"Saya Tenang & Bahagia!"

TESTIMONI

Client Photo
Rafizah

“Makcik nak terima kasih banyak-banyak dekat PPIM terutamanya En Lan sebab daripada awal sampai sekarang dia sanggup bantu saya”

Client Photo
Anis

“Terima kasih bantu selesaikan pelbagai masalah saya. Terima kasih banyak-banyak datang rumah bantu kami.”

Client Photo
Kevin

“Saya memang happy-lah dapat selesaikan semua masalah ahlong dan saya merasa banggalah dengan kerja PPIM”

STATISTIK

80%

MELAYU

10%

CINA

8%

INDIA

2%

LAIN-LAIN

Lelaki 65%
0%
Perempuan 35%
0%
80%

MELAYU

10%

CINA

8%

INDIA

2%

LAIN-LAIN

65% (L)
0%
35% (P)
0%

PERKHIDMATAN KAMI

SIASAT

Pihak pengadu perlu memberikan maklumat (transaksi pinjaman & butiran ahlong) yang lengkap serta tepat. Pegawai penyiasat akan meneliti serta mengendalikan kes berdasarkan maklumat yang diterima.

RUNDINGAN

Pegawai penyiasat akan melakukan rundingan dengan ahlong bagi menghentikan ancaman, menghentikan faedah, mengurangkan tuntutan dan penjadualan semula pembayaran.

PENYELESAIAN

Pengadu perlu memberikan kerjasama penuh sepanjang pengendalian kes. Pihak pengadu dilarang berkomunikasi dengan ahlong agar kes dapat dikawal dan tiada ancaman berterusan. Sila berhubung dengan pegawai penyiasat atau talian hotline Unit Banteras Ceti Haram PPIM sekiranya terdapat ancaman atau tawaran dari ahlong.

SOALAN LAZIM

Saya Telah Terjerat Dengan Ahlong, Apa Perlu Saya Lakukan?

Bertindaklah segera. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pihak kami, ceritakan keadaan anda dan pihak kami akan cadangkan tindakan selanjutnya. Anda tentukan samada mahu terus bertindak atau sebaliknya. Masalah yang lambat diselesaikan akan menjadi lebih besar. Lebih lambat masalah diselesaikan, lebih sukar jalan penyelesaiannya.

Adakah PPIM Mengenakan Sebarang Caj?

PPIM tidak mengenakan sebarang caj untuk nasihat mahupun kaunseling. Fokus PPIM adalah mendidik pengguna dan membantu menyelesaikan permasalahan dalam kategori Aduan Ummah.

Aduan peribadi atau dalam kategori komersial akan disalurkan kepada kepada panel lantikan PPIM. Pengguna boleh mendapatkan pandangan mereka dan memilih untuk melantik mereka atau sebaliknya. Panel mengenakan caj tertentu yang berpatutan serta dipantau oleh PPIM.

Berapakah Yuran Perkhidmatan SATRIA?

SATRIA mengenakan yuran perkhidmatan munasabah dengan kadar berbeza bergantung kepada kesulitan kes. Kebiasannya SATRIA mengenakan yuran 10% daripada jumlah tuntutan.

Kami memastikan jumlah yang dibayar melalui SATRIA untuk tuntutan ahlong + yuran perkhidmatan tidak melebihi jumlah asal yang dituntut ahlong. Pelanggan dijangka mendapat penjimatan sekitar 5% hingga 50% bergantung kepada situasi kes.

Ini adalah contoh pengiraan bagi kes tuntutan ahlong berjumlah RM50,000.00 dengan kejayaan 25% pengurangan tuntutan dan 10% yuran perkhidmatan:

Hasil Rundingan : RM37,500.00
Yuran Perkhidmatan: RM5,000.00
Jumlah *Penjimatan Langsung: RM7,500.00

*Jumlah penjimatan langsung ini tidak termasuk penjimatan tidak langsung seperti faedah dan penalti tambahan yang dihentikan oleh SATRIA. Pelanggan akan menerima penjimatan langsung atau tidak langsung atau kedua-duanya sekali.

Apakah Muslihat Ahlong Untuk Mengelak Penglibatan SATRIA?

Apabila pihak SATRIA memulakan tindakan rundingan, ahlong akan cuba berunding secara terus dengan pelanggan dan berkemungkinan memberi tawaran yang rendah berbanding jumlah yang ditawarkan melalui SATRIA. Berdasarkan pengalaman kami, pelanggan yang bertindak untuk berunding terus dengan ahlong dan menolak penglibatan SATRIA akan terus terjerat dengan ahlong.

VIDEO

KES-KES TERPILIH

Mangsa pada awalnya membuat pinjaman RM50,000.00 dari Pemberi Pinjaman Wang Berlesen namun atas taktik licik pinjaman tersebut berubah menjadi pinjaman Ahlong.

Pengetua pecah amanah,
gadai 2 pusat tahfiz

Seorang pengetua tahfiz di Perak sanggup menggadaikan 2 bangunan yang diwakafkan sebagai asrama tahfiz kepada Ahlong. Segalanya bermula apabila beliau mula melabur dalam skim forex kerana ingin mendapatkan pulangan yang lumayan.

Isteri derita suami
kaki judi

Seorang wanita terpaksa menanggung derita apabila suaminya yang dulu berpewatakan alim berubah setelah terjebak dengan kegiatan judi dan sanggup berhutang dengan Ahlong semata-mata untuk memuaskan nafsunya.

PPIM - UNIT BANTERAS CETI HARAM

HEADQUARTER :
No.70X, Jalan Keramat Hujung,
Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur

No. Tel : 013 3071 999

2020 © Hak Cipta Terpelihara

WAKTU PEMBUKAAN
Monday – Friday :
9:00 pagi – 6:00 petang

Saturday :
9:00 pagi – 1:00 petang

PETA LOKASI